Rahsia dan Kebaikan Kunyit Hitam Berjaya Dibongkar Oleh Saintis

Pernahkah anda mendengar herba Kunyit hitam?



Jika anda tidak pernah dengar terus membaca kerana banyak kebaikan kunyit hitam terhadap kesihatan kita. Kunyit hitam ini dikenali juga sebagai halia hitam dan nama saintifiknya Kaempferia Parviflora merupakan sejenis herba yang biasa terdapat di Asia Tenggara dan telah digunakan secara turun-temurun untuk merawat pelbagai jenis penyakit. 

Ia banyak tumbuh subur di negara-negara seperti Malaysia, Pulau Borneo, Sumatera,  dan Thailand. Oleh kerana terdapat banyak kebaikan kunyit hitam dan kegunaannya yang sangat banyak dalam masyarakat, termasuk rawatan kencing manis,  darah tinggi, Kolestrol dan penyakit ganjil seperti gangguan, ia telah menarik banyak minat saintis dari pelbagai negara termasuk Malaysia, untuk membuat kajian terhadap herba yang ajaib itu. 

Hasil kajian saintis MARDI telah membuktikan terdapat banyak kebaikan kunyit hitam terhadap tubuh badan manusia. Berikut merupakan antara kebaikan Kunyit Hitam untuk kesihatan manusia berdasarkan kajian tersebut.


[ Membantu mengawal aliran darah dengan lebih lancar ]

Hasil kajian saintis telah menunjukkan kunyit hitam berpotensi menjadikan saluran darah menjadi lebih sihat. Saluran darah yang sihat ialah saluran darah yang anjal. 

Kunyit hitam didapati dapat meningkatkan nitrik oksida iaitu unsur yang membolehkan saluran darah menjadi lembut dan anjal. Saluran darah yang anjal membolehkan aliran darah dalam badan kita menjadi lancar dan mengelakan salur darah tersumbat.


[ Mengandungi kandungan Anti oksidan yang tinggi ]

Kunyit hitam mengandungi
"polymethoxyflavones" yang tinggi iaitu jenis anti oksidan sangat kuat yang jarang ada pada tumbuh-tumbuhan lain. 

Anti oksidan mempunyai banyak fungsi untuk kesihatan badan manusia seperti anti penuaan, menguatkan sistem imun, boleh mencegah penyakit jantung, melindungi sistem saraf dan menyihatkan mata. Ia juga dapat membantu menghalang perkembangan pelbagai penyakit degeneratif seperti kanser. Rujukan : J. Wungsintaweekul et al. / Songklanakarin J. Sci. Technol. 32 (6), 589-598, 2010


[ Membantu menguatkan fungsi otak ]

Keradangan dan tekanan oksidatif ada kaitan dengan penyakit Parkinson, Alzheimer, dan penyakit neurogeneratif lain. Sebagai anti oksidan dan anti-radang yang kuat , kunyit hitam membantu meningkatkan kesihatan otak dan prestasi kognitif serta mencegah penyakit berkaitan dengan otak. Herba ini juga boleh menambah tumpuan dan rentang perhatian. Rujukan : (WC Van Staveren et al., J Comp Neurol., 467: 566-580, 2003). Dalam kajian yang dijalankan oleh Boess dan rakan-rakan, menunjukkan kunyit hitam dapat meningkatkan fungsi memori (FG Boess et al., Neuropharmacology, 47: 1081-1092, 2004)

[ Kebaikan Kunyit Hitam Sebagai Anti Depresi ]

Dengan Kunyit hitam tahap dopamin dapat ditingkatkan supaya dapat membangkit mood yang baik. Tahap dopamin yang meningkat dapat memberikan seseorang individu rasa bahagia dan gembira. Oleh itu, herba kunyit hitam adalah sangat bagus untuk membantu melawan penyakit kemurungan dan mengurangkan serangan rasa bimbang. Kunyit hitam juga boleh membantu tidur malam yang lebih baik. Kesimpulannya, herba kunyit hitam boleh boleh menjadi perubatan alternatif semula jadi untuk ubat-ubatan untuk orang yang mengalami masalah psikologi dan mood yang berbeza. Rujukan : Am. J. Agri. & Bio. Sains, 2 (2): 94-98, 2007 Kunyit hitam terbaik yang terdapat di pasaran.



[ Mencegah penyakit berkaitan dengan sindrom metabolik ]

Sindrom metabolik merujuk kepada penyakit yang timbul akibat metabolisme yang terganggu. Antara penyakit yang berkaitan dengan sindrom ini ialah diabetes, strok, tekanan darah tinggi, kadar trigliserida atau paras kolesterol yang tidak normal, dan lemak perut yang berlebihan dan penyakit jantung. Kunyit hitam didapati dapat membantu mencegah faktor risiko ini dengan meningkatkan penggunaan tenaga dan meningkatkan kecergasan fizikal.


Sebarang pertanyaan mengenai Kunyit Hitam boleh hubungi saya terus;
.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Buah Pinggang Dan Kesan Terhadap Sosial Pesakit

Hidup Bersama Dialisis