Sistem Imunisasi Atau Ketahanan Badan Adalah Penyembuh Terbaik Sebenar
Tubuh manusia telah mengalami evolusi berjuta-juta tahun. Kewujudan kita pada hari ini adalah hasil daripada kemampuan tubuh kita menangani berjuta mikrob bakteria, virus dan kulat yang berkongsi hidup di dunia dengan kita. Tubuh kita mampu bertahan daripada serangan mikrob yang berpotensi menyebabkan penyakit kerana imun kita dapat mengenalpastinya dan menghasilkan antibodi untuk menghapuskannya dari tubuh apabila ia melebihi paras seimbang. Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari betapa berkuasanya mekanisme pertahanan dalaman kita dan keberkesanannya dalam menangani penceroboh yang boleh menjadikan kita jatuh sakit. Malah menurut penyelidikan perubatan terkini, satu-satunya protein yang diketahui mampu melindungi manusia daripada AIDS terdapat dalam air liur kita! Ramai orang menyangkakan sistem imun hanya berkaitan dengan AIDS. Pesakit AIDS tidak meninggal dunia secara lansung kerana kuman AIDS, tetapi daripada sistem imun yang lemah (tidak berupaya untuk menentang p