Sistem Imunisasi Atau Ketahanan Badan Adalah Penyembuh Terbaik Sebenar
Tubuh manusia telah mengalami evolusi berjuta-juta tahun. Kewujudan kita pada hari ini adalah hasil daripada kemampuan tubuh kita menangani berjuta mikrob bakteria, virus dan kulat yang berkongsi hidup di dunia dengan kita. Tubuh kita mampu bertahan daripada serangan mikrob yang berpotensi menyebabkan penyakit kerana imun kita dapat mengenalpastinya dan menghasilkan antibodi untuk menghapuskannya dari tubuh apabila ia melebihi paras seimbang.
Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari betapa berkuasanya mekanisme pertahanan dalaman kita dan keberkesanannya dalam menangani penceroboh yang boleh menjadikan kita jatuh sakit. Malah menurut penyelidikan perubatan terkini, satu-satunya protein yang diketahui mampu melindungi manusia daripada AIDS terdapat dalam air liur kita!
Ramai orang menyangkakan sistem imun hanya berkaitan dengan AIDS. Pesakit AIDS tidak meninggal dunia secara lansung kerana kuman AIDS, tetapi daripada sistem imun yang lemah (tidak berupaya untuk menentang pneumonia dan jangkitan).
Atau pun ia hanya timbul dalam fikiran apabila seseorang itu berfikir tentang kegagalan pemindahan organ (yang disebabkan oleh penolakan sistem imun terhadap organ yang dipindahkan)
Apakah sistem imun?
Sistem imun atau sistem ketahanan badan adalah sekumpulan sel, molekul dan organ. Ia membentuk:
• Bahagian yang boleh dilihat – seperti kulit, air mata, air liur dan lendir daripada mulut, hidung dan paru-paru.
• Bahagian utama yang tidak boleh dilihat – seperti timus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel darah putih, antibodi, sistem pelengkap (seperti protein yang bekerja dengan antibodi) dan hormon.
Semua bahagian sistem imun ini bertindak sebagai penghalang penceroboh virus, bakteria, kulat, cacing dan parasit lain yang memasuki tubuh melalui kulit, hidung, mulut atau bahagian tubuh lain dan menyebabkan penyakit berjangkit.
Sistem imun kita sangat meluas dan bergerak lancar, bukan dibawah kawalan organ pusat seperti otak, tetapi melalui rangkaian maklumat kompleks yang beroperasi di kalangan setiap ahlinya.
Terdapat 10 kali ganda bilangan sel-sel dalam sistem imun berbanding dengan sistem saraf anda, dan ia mengeluarkan kira-kira 40 agen imun yang berbeza untuk melindungi anda daripada penyakit.
Beberapa hal sederhana yang dapat dilakukan untuk meningkatkan daya tubuh anda, antara lainnya seperti berikut:
1. Hindari penggunaan antibiotik yang berlebihan dan tidak rasional kerana dapat mengakibatkan mudah diserang penyakit lebih lama, dan juga sulit diatasi kerana kuman telah kebal.
2. Tidur yang cukup. Kurang tidur dapat mengakibatkan keburukan kepada daya tahan tubuh.
3. Hindari alkohol, rokok dan narkoba.
4. Hindari berdekatan dengan perokok (menjadi perokok pasif)
5. Mengamalkan air mineral 2 liter setiap hari.
6. Amalkan makanan yang baik dan seimbang.
7. Mencuci tangan sehingga bersih menggunakan sabun dan air yang mengalir.
8. Mendapat secukupnya sinaran matahari dan udara segar yang bersih.
9. Senaman yang teratur.
10. Mengendalikan emosi dan stress secara positif.
11. Bekerja dan beristirehat secara seimbang. Biasakan untuk tidur malam 7 hingga 8 jam setiap hari.
Bagaimana sistem imun berfungsi?
Kita mendapat penyakit daripada bakteria seperti kuman dan virus. Sesetengah bakteria tidak berbahaya atau bermanafaat (jutaan bakteria dalam usus mambantu penghadaman makanan), tetapi banyak yang menjadi berbahaya apabila masuk ke dalam tubuh atau aliran darah.
Apabila virus atau bakteria memasuki tubuh anda dan membiak, ia menghasilkan kesan sampingan yang menjadikan anda sakit. Contohnya, bakteria Streptokus menyebabkan radang tekak. Virus Polio pula membebaskan toksin yang memusnahkan sel-sel saraf dan menyebabkan kelumpuhan.
Jangkitan virus dan bakteria merupakan punca biasa penyakit. Contohnya selsema, campak, beguk, malaria dan AIDS.
Tugas utama imun ialah melindungi anda daripada jangkitan virus, bakteria dan jangkitan lain seumpamanya. Ia melindungi anda melalui tiga cara utama:
• Ia membentuk rintangan yang mencegah bakteria dan virus daripada memasuki tubuh.
• Jika bakteria atau virus memasuki tubuh, sistem imun cuba mengesan dan menyinkirkannya sebelum ia boleh menyesuaikan diri dan membiak.
• Jika virus dan bakteria membiak dan mula menimbulkan masalah, sistem imun juga boleh menggesan kanser pada peringkat awal dan menyingkirkannya.
Kenapa doktor merahsiakannya.
Jika punca segala penyakit bergantung kepada imun sistem, kenapakah doktor tidak memberitahu kita mengenainya?
Sebaliknya doktor hanya memberikan ubat dan vitamin tiruan secara berlebihan. Golongan perubatan kurang memandang berat terhadap pemakanan dan gaya hidup kerana mereka diajar tentang campur tangan dan ubat-ubatan.
Kesedaran bahawa penyakit bergantung kepada sistem imun yang lemah tidak mendapat tempat kerana keseluruhan industri perubatan mengandaikan bahawa ubat yang boleh menyembuhkan penyakit dan terlalu banyak telah dilaburkan di dalam industri farmaseutikal untuk menyokong andaian yang salah ini.
Memandangkan industri perubatan mempunyai kepentingan yang besar dalam mempertahankan yang besar dalam mempertahankan andaian yang salah itu dan terlalu mementingkan usaha untuk mengembangkan terapi ubat yang menguntungkan. Kebenaran tentang penyakit dan keimunan selalunya tidak dimaklumkan.
Sistem imun adalah pertahanan awal melawan ancaman penyakit dan ganguan luar terhadap ketahanan badan.
Oleh itu, tingkatkan sistem imun anda bagi pencegahan awal, pemulihan penyakit dan kesempurnaan badan dengan mengamalkan Kunyit Hitam/Kaempferia Parviflora yang terbukti 100% herba dan sungguh terbukti keberkesanannya.
Comments
Post a Comment