Ramai Orang Muda Sakit Jantung
Banyak kes kematian mengejut disebabkan serangan jantung termasuk membabitkan figura terkenal, atlet, selebriti dan orang terdekat seolah-olah ia menjadi penyakit lazim. Lebih mengejutkan, pemergian yang tidak disangka-sangka, ada yang mati ketika sedang tidur atau bersukan. Berdasarkan Pangkalan Data Kardiovaskular Kebangsaan 2014 dan 2015, menunjukkan kira-kira satu dalam empat pesakit menghidap masalah jantung berusia bawah 50 tahun. Dengan itu umur purata pesakit di Malaysia adalah 58.5 tahun, lebih muda berbanding Thailand (63.5 tahun) dan 68 tahun di Singapura mengalami serangan sakit jantung atau dalam istilah perubatannya ‘Acute Coronary Syndrome’ (ACS) iaitu salah satu penyakit utama yang menyebabkan kematian di negara ini. Ramai pesakit muda Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur, Dr Zul Hilmi Yaakob, berkata dalam pangkalan data yang dikemas kini 2018, terdapat kira-kira 17,771 pesakit ACS, memperlihatkan kepentingan