Buah Pinggang
BUAH pinggang atau ginjal mungkin bukan organ tumpuan apabila membincangkan penyakit kronik yang membahayakan nyawa.
Hakikatnya apabila buah pinggang mengalami kerosakan atau berpenyakit, boleh membawa maut, lebih-lebih lagi jika lambat mendapatkan rawatan.
Masyarakat hari ini juga perlu menyedari bahawa organ penapis bahan kumuh badan ini memainkan peranan yang amat penting dalam menjaga keseimbangan beberapa fungsi badan dan organ lain.
Di negara ini, statistik menunjukkan setiap tahun pesakit buah pinggang semakin bertambah.
Berbicara lebih lanjut mengenai penyakit buah pinggang, beliau berkata, antara penyebab buah pinggang bermasalah ialah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, dan batu karang.
Untuk pengetahuan, di negara ini penyebab utama penyakit buah pinggang ialah komplikasi daripada penyakit kencing manis.
Selain itu, penghidap darah tinggi dan batu karang juga perlu menjalani ujian saringan kesihatan buah pinggang kerana kedua-dua penyakit ini juga antara penyebab kepada penyakit buah pinggang.
Lazimnya pesakit yang mempunyai masalah ini pada tahap akhir, menunjukkan gegala-gejala seperti muntah, tidak selesa, gatal-gatal, susah bernafas, dan tidak dapat makan akibat daripada toksin dan air yang terlalu banyak di dalam badan.
Ini juga akan mengakibatkan buah pinggang menjadi lebih besar daripada saiz normal iaitu 10 sentimeter dan buah pinggang boleh membesar sehingga 20 sentimeter.
Berbeza pula kepada mereka yang mengalami masalah radang buah pinggang kerana terjadi dengan sendiri hanya disebabkan oleh imuniti badan.
Comments
Post a Comment