6.64 Juta Hidap Psoriasis, Ekzema



Kulit manusia adalah organ terbesar berfungsi melindungi badan daripada sebarang kerosakan seperti kehilangan air dan menangkis kehadiran air dari luar seperti hujan.

Walaupun hampir semua kulit manusia diliputi folikel rambut halus, ada sesetengah kawasan yang tidak kelihatan berbulu. 

Di sebalik fungsinya yang melindungi tubuh badan manusia, ada beberapa masalah yang akan menyerang bahagian penting itu. 

Penyakit kulit adalah suatu keadaan perubatan yang memberi kesan kepada kulit, rambut, kuku dan otot serta kelenjar yang ­bertindak sebagai penghalang untuk badan terhadap persekitaran luaran yang berkaitan.

Disebabkan keba­nyakan masalah asas kulit tidak diketahui, ia dikategorikan berdasarkan tempoh, lokasi, gejala, sebab fizikal dan warna kulit.

Bagaimanapun, diagnosis sering memerlukan ­teknik biopsi untuk me­ngambil sedikit tisu kulit yang boleh menentukan jenis pe­nyakit dialami. 

Terdapat banyak jenis penyakit kulit termasuk jangkitan kulit dan kanser kulit. 

Menurut Pembantu Profesor Klinikal ­Sekolah Perubatan Universiti Yale, Dr ­Macrene Alexiades-Armenakas, ­jerawat, ekzema, dermatitis dan psoriasis antara masalah kulit paling lazim berlaku. 

Pengarah Urusan Holista Colltech Limited, Dr Rajen M berkata, individu yang meng­alami alahan dan masalah kulit dikatakan semakin meningkat di negara ini. 

“Statistik terkini menunjukkan seorang daripada tiga rakyat Malaysia mengalami beberapa bentuk alergi. Selain itu, keadaan kulit seperti ekzema (mempengaruhi dua daripada 10 orang), ­psoriasis (tiga peratus) dan bentuk penyakit kulit lain juga meningkat. 

“Dianggarkan jumlah penduduk di Malaysia meng­alami psoriasis dan ekzema saja tidak termasuk masalah lain begitu mengejutkan iaitu seramai 6.64 juta orang. 

“Individu yang lewat mengesan masalah kulit sebaiknya mendapatkan rawatan segera,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Buah Pinggang Dan Kesan Terhadap Sosial Pesakit

Hidup Bersama Dialisis

Rahsia dan Kebaikan Kunyit Hitam Berjaya Dibongkar Oleh Saintis