Cukup Oksigen Elak Penyakit
PENCEMARAN udara di sekeliling menyebabkan manusia kekurangan oksigen di dalam badan.
Kebanyakan penyakit pada era moden berpunca daripada kekurangan oksigen di dalam darah, otak dan organ lain. Keadaan ini berlaku hampir di seluruh dunia.
Oksigen membantu tubuh untuk meregenerasi sel, membantu membesarkan daya penyerapan nutrisi, meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan meneutralkan zat-zat beracun di dalam darah.
Authur C. Guyton, M.D. dalam bukunya The Textbook on Medical Physiology mengatakan bahawa semua penyakit kronik berpunca daripada kekurangan oksigen yang berlaku di peringkat sel.
Oleh itu, oksigen merupakan kunci kepada kehidupan. Kita boleh hidup beberapa hari tanpa makanan dan air tetapi kita tidak dapat hidup secara purata selama empat minit sahaja tanpa oksigen.
Bahkan, sel-sel otak kita akan mati dalam waktu 15 hingga 20 saat sahaja tanpa adanya oksigen. Hal ini kerana setiap sel dalam tubuh manusia amat memerlukan oksigen untuk pertumbuhan dansel terus hidup.
Manfaat oksigen pada sudut kesihatan tidak kurang pentingnya kerana dapat meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan otak, mencegah kanser, asma dan pelbagai penyakit kronik lain.
Selain itu, ia dapat meningkatkan metabolisma tubuh, mengurangkan racun dan toksin dalam darah serta menstabilkan tekanan darah.
Disamping itu, oksigen juga berperanan untuk memperkuatkan jantung dan sistem pertahanan tubuh.
Hakikatnya, oksigen membantu untuk mencegah stres dan gugup selain mencantikkan kulit dari penuaan diri atau tua sebelum umur.
Setiap tubuh badan manusia mempunyai 60 billion sel yang memerlukan oksigen.
Fungsi utama darah ialah membawa bekalan oksigen ke seluruh anggota badan. Justeru itu, semua kaedah rawatan di dunia penting untuk memastikan perjalanan farah yang lancar termasuk pintasan jantung, terapi, BEKAM, berurut, akupuntur dan sebagainya.
Comments
Post a Comment