Obesiti
Berat badan berlebihan atau obesiti didefinisikan sebagai pengumpulan lemak tidak normal atau berlebihan lalu membawa risiko kesihatan. Ia faktor risiko utama bagi beberapa penyakit kronik, termasuk diabetes dan penyakit kardiovaskular.
Kira-kira 65 peratus populasi dunia tinggal di negara di mana berat badan berlebihan membunuh lebih ramai penduduk daripada mereka yang kekurangan berat badan.
Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011, 33.3 peratus populasi di seluruh negara mengalami praobes manakala 27.2 peratus pula adalah obesiti.
Laporan antarabangsa Oxfam berjudul Good Enough To Eat Index yang dikeluarkan baru-baru ini mendedahkan, Malaysia disenaraikan sebagai negara paling ramai penduduk gemuk di Asia Tenggara dan di tempat keenam di rantau Asia Pasifik.
Selain itu, Malaysia berada di tempat ke-44 di antara 125 negara dengan kadar kelaziman diabetes dan obesiti tinggi.
Obesiti disebabkan oleh ketidakseimbangan tenaga antara pengambilan dan penggunaan kalori di dalam badan.
Antara faktor lain seseorang mempunyai obesiti ialah peningkatan dalam ketidakcergasan fizikal disebabkan keadaan tidak aktif dalam kebanyakan pekerjaan, perubahan dalam jenis pengangkutan dan peningkatan perbandaran.
Comments
Post a Comment