Peranan Toksin dalam Tubuh
Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan.
Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran, antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.
Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, dan bahan tambahan yg berbahaya.
Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan asthma, selain dari faktor keturunan atau genetik.
Di dalam sistem fisiologi tubuh, toksin yang berada di dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.
Pengambilan makanan terlalu berasid seperti makanan yang diproses seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak akan menyumbang kepada masalah kesihatan.
Antaranya ialah penyakit kulit. Ia terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, dermatitis dan ruam.
Tumor juga berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.
Demam yang bukan disebabkan oleh jangkitan kuman adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menelan toksin di dalam badan, kadar metabolisme semakin tinggi, mengakibatkan tubuh menjadi demam.
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung (cardiomegaly) sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis biokimia semula yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.
Selain itu toksin bertanggung jawab secara langsung atau tidak langsung untuk alergi, asthma, karang pada pundi hempedu dan karang pada ginjal, pengerasan saluran darah, sakit sendi, sembelit, perut kembung, barah dan kemerosotan daya seksual.
Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.
Sumber Asal: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Comments
Post a Comment