Agama Buatku Sihat
Dalam kehidupan, ramai yang sedar kesihatan sangat penting untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pelbagai usaha dilakukan agar tubuh badan sentiasa sihat sehinggakan berhabis wang ringgit pun manusia sanggup asalkan memiliki kesihatan yang baik.
Namun itu hanyalah dari sudut fizikalnya sahaja, tetapi ramai yang tidak tahu sebenarnya agama banyak mempengaruhi seseorang itu agar menjadi lebih sihat.
International Journal Psychiatry in Medicine melaporkan orang yang mengaku dirinya tidak berkeyakinan kepada agama atau tidak percaya Tuhan adalah lebih sering sakit dan mempunyai jangka hayat lebih pendek.
Mereka yang tidak beragama berpeluang dua kali ganda lebih besar menderita penyakit usus dan berisiko kematian akibat penyakit pernafasan sebanyak 66 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang beragama.
Chistopher Scheitle, penganalisis kesihatan barat yang menyebut:
“Kesihatan yang buruk dapat memicu seseorang meninggalkan agama dan kehilangan kepercayaannya pada Tuhan”,
Imam Ghazali pula berkata:
“Penyakit terbahagi kepada dua, iaitu penyakit zahir dan penyakit batin. Ramai yang sanggup berhabis jutaan ringgit bagi merawat penyakit zahir, tetapi mengabaikan penyakit batin, sedangkan mereka tidak sedar asalnya penyakit zahir adalah dari hati (batin)”
Berbanding kesemua agama, Islam adalah agama yang paling syumul dan menegaskan aspek kesihatan.
Disebabkan itu Muslim yang taat kepada perintah Allah dan Rasulullah s.a.w hidupnya lebih sihat dan jarang dijangkiti penyakit berbahaya.
Kesyumulan Islam yang menyebabkan penganutnya sihat adalah disebabkan tiga aspek, iaitu gaya hidup, sosial dan spiritual.
Kesemua aspek yang gariskan ini membuatkan umat Islam sihat jika benar-benar mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Comments
Post a Comment