Posts

Featured Post

Sayur, Buah Kurangkan Risiko Kanser

Image
Makanan penuh antioksidan seperti sayur dan buah-buahan amat penting dalam mengurangkan risiko kanser terutama bagi mereka yang terdedah kepada faktor penyebab kanser di persekitaran. Setiap orang disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum selain mengekalkan berat badan ideal. Malah, ada sesetengah makanan didapati mampu melindungi diri daripada kanser kerana mengandungi kandu­ngan antioksidan yang tinggi. Bawang putih Ini antara makanan terbaik untuk melindungi diri daripada kanser. Kajian mendapati mereka yang lebih banyak makan bawang putih kurang berisiko mendapat kanser berkaitan organ pencernaan seperti esofagus, perut dan kolon. Buah keluarga beri Buah daripada kumpulan beri bukan saja memiliki rasa yang sedap, malah jusnya mengandungi khasiat hebat yang mampu melawan kanser. Ia kaya dengan antioksidan yang menghentikan proses tubuh menghasil­kan radikal bebas yang boleh merosakkan sel

10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis

Image
- Paras gula darah tinggi Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal. - Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur. Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk me

Memahami Barah Usus

Image
Barah atau kanser usus merupakan kanser kedua tertinggi di kalangan kaum lelaki di Malaysia. Kanser usus, jika dirawat pada peringkat awal, boleh meningkatkan kadar kemandirian hidup selama 5 tahun kepada 90% untuk tahap pertama.  Malahan kanser usus adalah kanser yang mempunyai peluang untuk pulih meskipun berada pada tahap ke empat dengan menjalani rawatan yang disarankan. Secara amnya, kanser usus adalah kanser yang menyerang usus besar (kolon, recktum dan anus). Apa itu usus besar? Usus besar bermula dari bahagian kanan dinamakan ‘caecum’ sehingga ke rektum. Fungsi usus besar adalah untuk menyerap air supaya najis yang terbentuk tidak berair . Oleh yang demikian, manusia boleh hidup sempurna tanpa mempunyai usus besar berbanding dengan usus kecil yang fungsinya adalah untuk menyerap air, vitamin dan zat-zat makanan.  Oleh yang demikian, manusia tidak boleh hidup tanpa kehadiran usus kecil. Malahan fungsi usus besar boleh diambil alih oleh usus kecil. Apakah gejala barah usus? Antar

Agama Buatku Sihat

Image
Dalam kehidupan, ramai yang sedar kesihatan sangat penting untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pelbagai usaha dilakukan agar tubuh badan sentiasa sihat sehinggakan berhabis wang ringgit pun manusia sanggup asalkan memiliki kesihatan yang baik. Namun itu hanyalah dari sudut fizikalnya sahaja, tetapi ramai yang tidak tahu sebenarnya agama banyak mempengaruhi seseorang itu agar menjadi lebih sihat. International Journal Psychiatry in Medicine melaporkan orang yang mengaku dirinya tidak berkeyakinan kepada agama atau tidak percaya Tuhan adalah lebih sering sakit dan mempunyai jangka hayat lebih pendek. Mereka yang tidak beragama berpeluang dua kali ganda lebih besar menderita penyakit usus dan berisiko kematian akibat penyakit pernafasan sebanyak 66 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang beragama. Chistopher Scheitle, penganalisis kesihatan barat yang menyebut: “Kesihatan yang buruk dapat memicu seseorang meninggalkan agama dan kehilangan kepercayaannya pada Tuhan”, Imam Ghazali pula

Hidup Bersama Dialisis

Image
SETIAP tahun, lebih daripada 3,000 orang penduduk Malaysia disahkan menghidapi penyakit kegagalan buah pinggang kronik dan menerima rawatan dialisis. Buat masa ini, lebih 15,000 penduduk Malaysia sedang menerima rawatan dialisis. Pada tahun 2010 ianya dijangka meningkat kepada 20,000 orang. Mengikut jangkaan, pesakit yang menerima rawatan dialisis meningkat sebanyak tujuh peratus setiap tahun.  Hidup dengan menerima rawatan dialisis juga amat menyeksakan. Bila seseorang mendapat tahu mereka mengalami kegagalan buah pinggang, diri mereka pasti hampir putus harapan untuk hidup lagi. Pesakit juga selalu berfikir bahawa dirinya tidak dapat hidup lama kerana bergantung kepada mesin dialisis untuk hidup dan seolah-olah terasing dan tidak diperlukan lagi di sisi keluarga dan rakan. Ini menyebabkan pesakit mengalami kemurungan akibat tekanan yang dihadapi. Di samping tekanan emosi, pesakit juga terpaksa melalui perubahan dari segi fizikal. Ada beberapa aktiviti dan tanggungjawab yang tidak dap

Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan

Image
Kemajuan dalam bidang perubatan sejak seabad yang lalu telah meningkatkan jangka hayat manusia sebanyak 50%. Pembangunan sistem pembetungan yang maju, air bersih, antibiotik, vaksin dan kebersihan diri telah berjaya menghapuskan kebanyakan penyakit berjangkit. Jangka hayat dapat dipanjangkan dan penyakit akut bukan lagi penyebab kematian utama. Namun terdapat banyak kematian yang disebabkan oleh penyakit kronik, seperti kanser , lemah jantung dan lain-lain penyakit yang berpunca dari kelemahan dan ketidakfungsian sistem imun.  Penyakit-penyakit yang membuat pengidapnya kurang berupaya dan perlu bergantung kepada orang lain. Ketidakupayaan meningkat dalam beberapa tahun terakhir kehidupan, begitu juga dengan penyakit, yang menjadikan kematian satu proses panjang yang mahal dan menyakitkan. Persoalannya: Apakah yang menyebabkan penuaan dan penambahan penyakit dan ketidakupayaan apabila usia semakin meningkat? Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori radikal be

Kegagalan Buah Pinggang Dan Kesan Terhadap Sosial Pesakit

Image
Pengenalan End Stage Renal Failure (ESRF) merupakan kegagalan buah pinggang tahap akhir yang juga dikenali sebagai penyakit kerosakan buah pinggang yang kekal. Berhadapan dengan penyakit kronik bukanlah merupakan sesuatu yang mudah dan memerlukan proses transisi daripada proses diagnosa kepada proses rawatan dan seterusnya pengurusan diri. Ketidakupayaan, kebergantungan terhadap orang lain, dan stigma masyarakat, perubahan cara hidup, kos rawatan yang mana secara tidak langsung memberikan kesan kepada perjalanan rutin harian yang biasa dilakukan. Masalah ini akan memberikan kesan kepada aspek kerohanian, psikologikal, sosial dan keluarga dan seterusnya akan mempengaruhi fizikal, emosi dan pemikiran pesakit. Menurut Yayasan Buah Pinggang Amerika (2005) mendefinisikan keadaan buah pinggang yang kronik hanya berada pada tahap 10% kapasiti normal. Penyakit ini berlaku apabila buah pinggang tidak lagi berupaya menapis bahan buangan secara normal. Punca-Punca Penyakit Bua