Sistem Badan Perlukan Air


Setiap sistem dalam tubuh memerlukan air, bahkan sebahagian besar badan merangkumi air. Otot yang kecil, darah dan otak mengandungi lebih 70 peratus air. Cecair penting ini adalah ramuan penting yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Begitupun, kebanyakan orang tidak meminum air yang mencukupi.

Air mengawal suhu badan, pembawa nutrien dan oksigen, menyahkan bahan buangan, menolong menyahkan toksik daripada buah pinggang dan hati, melarutkan vitamin dan mineral dan menghalang badan daripada kecederaan.

Setiap hari badan kehilangan secara purata 10 hingga 12 cawan air yang perlu diganti untuk me­ngekalkan keseimbangan tubuh. Namun, masih ramai yang mengabaikan pengambilan air untuk anggota badan.

Air adalah elemen terpenting kepada tubuh. Badan kita terdiri daripada 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat.

Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan mengurangkan risiko terhadap jangkitan.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Buah Pinggang Dan Kesan Terhadap Sosial Pesakit

Hidup Bersama Dialisis

Rahsia dan Kebaikan Kunyit Hitam Berjaya Dibongkar Oleh Saintis