Bahana Pendam


BUKAN resam orang kita untuk bercakap soal seksual. Ini kerana pada dasarnya, budaya masih menganggap seks sebagai perkara terlarang untuk dibicarakan secara terbuka - tidak kira bagi lelaki atau wanita. 

Sebenarnya, seks adalah suatu perkara serius dan bagi kebanyakan pasangan, isu ketegangan ereksi bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak. 

Mengikut laporan kajian terhadap 300,000 lelaki di rantau Asia, apa yang berlaku ialah apabila individu mengalami masalah seksual, tidak mungkin pesakit akan terus berjumpa doktor dan menceritakan masalah yang dihadapinya itu. 

Melalui kajian terhadap kesihatan lelaki yang dikendalikan di Malaysia termasuk di peringkat antarabangsa, jumlah lelaki yang mengalami penyakit kronik adalah lebih tinggi berbanding wanita. 

Biasanya kaum lelaki berjumpa doktor untuk masalah tekanan darah tinggi, diabetes atau jantung. Ini menjadikan masalah seksualiti dianggap sekadar isu sampingan. 


Kenyataan ini membawa kepada hakikat bahawa lelaki teragak-agak mendapatkan bantuan dan akhirnya lambat untuk dirawat. Ini kerana rata-rata lelaki, tidak kira jenis penyakit yang dihadapi agak kurang bersedia untuk menceritakannya. Dalam hal ini, pasangan atau wanita digalak mendorong lelaki untuk cepat mendapatkan rawatan atau bantuan. 

Dalam hal ini, kualiti ketegangan ereksi yang tidak memuaskan akan menjejaskan keperluan emosi dan psikologi pasangan. Bagi seorang lelaki, apabila keperluan emosi dan psikologi dicapai, ia akan memberi imej diri yang baik serta menjadikan mereka lebih berkeyakinan. Dengan memenuhi keinginan seks, pasangan mereka lebih merasa disayangi. 


Sebagai contoh, pesakit datang kerana masalah tekanan darah tinggi dan merawat masalah itu, dalam masa sama pengamal kesihatan ini sedar bahawa ada kemungkinan penyakit kronik lain seperti kegagalan ketegangan atau Disfungsi Erektil (ED) disebabkan penghidap tekanan darah tinggi cenderung mendapat ED. 

Menyentuh soal apakah ketegangan maksimum menjadikan pasangan lebih bahagia dan puas, ia berbalik kepada keputusan kaji selidik terhadap lebih 3,000 lelaki di Malaysia yang mendapati majoriti lelaki dan wanita mengakui ereksi berkait rapat dengan kepuasan seks, sekali gus mengesahkan bahawa ketegangan maksimum memberi kepuasan kepada pasangan.

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Buah Pinggang Dan Kesan Terhadap Sosial Pesakit

Hidup Bersama Dialisis

Rahsia dan Kebaikan Kunyit Hitam Berjaya Dibongkar Oleh Saintis