Detoksifikasi Dan Kesannya


Proses pembuangan toksin secara semulajadi dari dalam tubuh atau yang disebut dengan proses detoksifikasi adalah sebuah proses yang penting dilakukan.

Proses detoksifikasi ini amat diperlukan untuk beberapa rawatan tubuh seperti mencegah penyakit, menguatkan daya tahan, membaiki fungsi organ dalam tubuh, memperlambat proses penuaan, merawat ketagihan, membersihkan wajah dari jerawat, meningkatkan kesuburan.

Selain itu, setelah detoksifikasi, tubuh akan terasa lebih bersemangat, rileks dan terasa lebih sihat.

Kebiasaannya setelah dilakukan detoksifikasi, tubuh akan mengalami tanda-tanda tertentu.

Namun ada yang tidak merasa apa-apa kesan detoksifikasi ini kerana setiap orang memiliki kadar metabolisme yang berbeza.

Selain itu ia bergantung pada jumlah toksin yang berada dalam tubuh serta kepekaan tubuh terhadap perubahan.

Tanda-tanda yang muncul dari proses detoksifikasi diantaranya dapat berupa rasa pening, selsema, cirit-birit, gatal-gatal, panas badan, pedih ulu hati. Selalunya ia berlangsung antara 3-7 hari.

Sumber Asal: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Comments

Popular posts from this blog

Kegagalan Buah Pinggang Dan Kesan Terhadap Sosial Pesakit

Hidup Bersama Dialisis

Rahsia dan Kebaikan Kunyit Hitam Berjaya Dibongkar Oleh Saintis