Posts

Mati Pucuk Mungkin Tanda Penyakit Kronik

Image
Lemah tenaga batin atau mati pucuk merujuk kepada ketidakupayaan lelaki untuk mengekalkan ketegangan yang mencukupi melakukan hubungan seks. Kebanyakan lelaki pernah melalui kesukaran untuk mendapatkan ereksi, namun tidak semestinya ia penyakit yang perlu dibimbangkan dan kadangkala ia hanya bersifat sementara. Jika ketidakupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan itu berterusan selama beberapa minggu atau bulan, segeralah dapatkan bantuan perubatan khusus dengan berjumpa doktor, bukannya mencuba pelbagai kaedah alternatif yang mungkin boleh memberi kesan lebih bahaya. Lemah tenaga batin boleh menyebabkan tekanan, kebimbangan dan masalah keyakinan diri yang secara tidak langsung memberi kesan negatif khususnya dalam hubungan suami isteri. Peranan wanita dalam membantu pasangannya menyelesaikan masalah ini amat diperlukan dan isteri antara individu yang perlu memainkan peranan penting meringankan ‘penderitaan’ suami. Sebilangan besar lelaki yang m...

Detoksifikasi Dan Kesannya

Image
Proses pembuangan toksin secara semulajadi dari dalam tubuh atau yang disebut dengan proses detoksifikasi adalah sebuah proses yang penting dilakukan. Proses detoksifikasi ini amat diperlukan untuk beberapa rawatan tubuh seperti mencegah penyakit, menguatkan daya tahan, membaiki fungsi organ dalam tubuh, memperlambat proses penuaan, merawat ketagihan, membersihkan wajah dari jerawat, meningkatkan kesuburan. Selain itu, setelah detoksifikasi, tubuh akan terasa lebih bersemangat, rileks dan terasa lebih sihat. Kebiasaannya setelah dilakukan detoksifikasi, tubuh akan mengalami tanda-tanda tertentu. Namun ada yang tidak merasa apa-apa kesan detoksifikasi ini kerana setiap orang memiliki kadar metabolisme yang berbeza. Selain itu ia bergantung pada jumlah toksin yang berada dalam tubuh serta kepekaan tubuh terhadap perubahan. Tanda-tanda yang muncul dari proses detoksifikasi diantaranya dapat berupa rasa pening, selsema, cirit-birit, gatal-gatal, panas badan, pe...

Peranan Toksin dalam Tubuh

Image
Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan. Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran, antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, dan bahan tambahan yg berbahaya. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan asthma, selain dari faktor keturunan atau genetik. Di dalam sistem fisiologi tubuh, toksin yang berada di dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya. Pengambilan makanan terlalu berasid seperti makanan yang diproses seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak akan menyumbang kepada masalah kesihatan....

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

Image
RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma. Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala. Namun, itulah sifat penyakit kronik . Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius. Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada ...

Cukup Oksigen Elak Penyakit

Image
PENCEMARAN udara di sekeliling menyebabkan manusia kekurangan oksigen di dalam badan. Kebanyakan penyakit pada era moden berpunca daripada kekurangan oksigen di dalam darah, otak dan organ lain. Keadaan ini berlaku hampir di seluruh dunia. Oksigen membantu tubuh untuk meregenerasi sel, membantu membesarkan daya penyerapan nutrisi, meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan meneutralkan zat-zat beracun di dalam darah. Authur C. Guyton, M.D. dalam bukunya The Textbook on Medical Physiology mengatakan bahawa semua penyakit kronik berpunca daripada kekurangan oksigen yang berlaku di peringkat sel. Oleh itu, oksigen merupakan kunci kepada kehidupan. Kita boleh hidup beberapa hari tanpa makanan dan air tetapi kita tidak dapat hidup secara purata selama empat minit sahaja tanpa oksigen. Bahkan, sel-sel otak kita akan mati dalam waktu 15 hingga 20 saat sahaja tanpa adanya oksigen. Hal ini kerana setiap sel dalam tubuh manusia amat memerlukan oksigen untuk pertumbuhan d...

Bahana Pendam

Image
BUKAN resam orang kita untuk bercakap soal seksual. Ini kerana pada dasarnya, budaya masih menganggap seks sebagai perkara terlarang untuk dibicarakan secara terbuka - tidak kira bagi lelaki atau wanita.  Sebenarnya, seks adalah suatu perkara serius dan bagi kebanyakan pasangan, isu ketegangan ereksi bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak.  Mengikut laporan kajian terhadap 300,000 lelaki di rantau Asia, apa yang berlaku ialah apabila individu mengalami masalah seksual, tidak mungkin pesakit akan terus berjumpa doktor dan menceritakan masalah yang dihadapinya itu.  Melalui kajian terhadap kesihatan lelaki yang dikendalikan di Malaysia termasuk di peringkat antarabangsa, jumlah lelaki yang mengalami penyakit kronik adalah lebih tinggi berbanding wanita.  Biasanya kaum lelaki berjumpa doktor untuk masalah tekanan darah tinggi, diabetes atau jantung. Ini menjadikan masalah seksualiti dianggap sekadar isu sampingan.  Kenyataan ...

Healing Crisis

Adakah kita sekarang ini perlukan "supplement" dan kenapa dengan pengambilan "supplement" terdapat "healing crisis" berlaku?