Posts

Showing posts from July, 2020

Kegagalan Buah Pinggang Dan Kesan Terhadap Sosial Pesakit

Image
Pengenalan End Stage Renal Failure (ESRF) merupakan kegagalan buah pinggang tahap akhir yang juga dikenali sebagai penyakit kerosakan buah pinggang yang kekal. Berhadapan dengan penyakit kronik bukanlah merupakan sesuatu yang mudah dan memerlukan proses transisi daripada proses diagnosa kepada proses rawatan dan seterusnya pengurusan diri. Ketidakupayaan, kebergantungan terhadap orang lain, dan stigma masyarakat, perubahan cara hidup, kos rawatan yang mana secara tidak langsung memberikan kesan kepada perjalanan rutin harian yang biasa dilakukan. Masalah ini akan memberikan kesan kepada aspek kerohanian, psikologikal, sosial dan keluarga dan seterusnya akan mempengaruhi fizikal, emosi dan pemikiran pesakit. Menurut Yayasan Buah Pinggang Amerika (2005) mendefinisikan keadaan buah pinggang yang kronik hanya berada pada tahap 10% kapasiti normal. Penyakit ini berlaku apabila buah pinggang tidak lagi berupaya menapis bahan buangan secara normal. Punca-Punca Penyakit Bua

Mati Pucuk Mungkin Tanda Penyakit Kronik

Image
Lemah tenaga batin atau mati pucuk merujuk kepada ketidakupayaan lelaki untuk mengekalkan ketegangan yang mencukupi melakukan hubungan seks. Kebanyakan lelaki pernah melalui kesukaran untuk mendapatkan ereksi, namun tidak semestinya ia penyakit yang perlu dibimbangkan dan kadangkala ia hanya bersifat sementara. Jika ketidakupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan itu berterusan selama beberapa minggu atau bulan, segeralah dapatkan bantuan perubatan khusus dengan berjumpa doktor, bukannya mencuba pelbagai kaedah alternatif yang mungkin boleh memberi kesan lebih bahaya. Lemah tenaga batin boleh menyebabkan tekanan, kebimbangan dan masalah keyakinan diri yang secara tidak langsung memberi kesan negatif khususnya dalam hubungan suami isteri. Peranan wanita dalam membantu pasangannya menyelesaikan masalah ini amat diperlukan dan isteri antara individu yang perlu memainkan peranan penting meringankan ‘penderitaan’ suami. Sebilangan besar lelaki yang m

Detoksifikasi Dan Kesannya

Image
Proses pembuangan toksin secara semulajadi dari dalam tubuh atau yang disebut dengan proses detoksifikasi adalah sebuah proses yang penting dilakukan. Proses detoksifikasi ini amat diperlukan untuk beberapa rawatan tubuh seperti mencegah penyakit, menguatkan daya tahan, membaiki fungsi organ dalam tubuh, memperlambat proses penuaan, merawat ketagihan, membersihkan wajah dari jerawat, meningkatkan kesuburan. Selain itu, setelah detoksifikasi, tubuh akan terasa lebih bersemangat, rileks dan terasa lebih sihat. Kebiasaannya setelah dilakukan detoksifikasi, tubuh akan mengalami tanda-tanda tertentu. Namun ada yang tidak merasa apa-apa kesan detoksifikasi ini kerana setiap orang memiliki kadar metabolisme yang berbeza. Selain itu ia bergantung pada jumlah toksin yang berada dalam tubuh serta kepekaan tubuh terhadap perubahan. Tanda-tanda yang muncul dari proses detoksifikasi diantaranya dapat berupa rasa pening, selsema, cirit-birit, gatal-gatal, panas badan, pe

Peranan Toksin dalam Tubuh

Image
Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan. Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran, antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, dan bahan tambahan yg berbahaya. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan asthma, selain dari faktor keturunan atau genetik. Di dalam sistem fisiologi tubuh, toksin yang berada di dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya. Pengambilan makanan terlalu berasid seperti makanan yang diproses seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak akan menyumbang kepada masalah kesihatan.

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

Image
RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma. Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala. Namun, itulah sifat penyakit kronik . Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius. Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada

Cukup Oksigen Elak Penyakit

Image
PENCEMARAN udara di sekeliling menyebabkan manusia kekurangan oksigen di dalam badan. Kebanyakan penyakit pada era moden berpunca daripada kekurangan oksigen di dalam darah, otak dan organ lain. Keadaan ini berlaku hampir di seluruh dunia. Oksigen membantu tubuh untuk meregenerasi sel, membantu membesarkan daya penyerapan nutrisi, meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan meneutralkan zat-zat beracun di dalam darah. Authur C. Guyton, M.D. dalam bukunya The Textbook on Medical Physiology mengatakan bahawa semua penyakit kronik berpunca daripada kekurangan oksigen yang berlaku di peringkat sel. Oleh itu, oksigen merupakan kunci kepada kehidupan. Kita boleh hidup beberapa hari tanpa makanan dan air tetapi kita tidak dapat hidup secara purata selama empat minit sahaja tanpa oksigen. Bahkan, sel-sel otak kita akan mati dalam waktu 15 hingga 20 saat sahaja tanpa adanya oksigen. Hal ini kerana setiap sel dalam tubuh manusia amat memerlukan oksigen untuk pertumbuhan d

Bahana Pendam

Image
BUKAN resam orang kita untuk bercakap soal seksual. Ini kerana pada dasarnya, budaya masih menganggap seks sebagai perkara terlarang untuk dibicarakan secara terbuka - tidak kira bagi lelaki atau wanita.  Sebenarnya, seks adalah suatu perkara serius dan bagi kebanyakan pasangan, isu ketegangan ereksi bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak.  Mengikut laporan kajian terhadap 300,000 lelaki di rantau Asia, apa yang berlaku ialah apabila individu mengalami masalah seksual, tidak mungkin pesakit akan terus berjumpa doktor dan menceritakan masalah yang dihadapinya itu.  Melalui kajian terhadap kesihatan lelaki yang dikendalikan di Malaysia termasuk di peringkat antarabangsa, jumlah lelaki yang mengalami penyakit kronik adalah lebih tinggi berbanding wanita.  Biasanya kaum lelaki berjumpa doktor untuk masalah tekanan darah tinggi, diabetes atau jantung. Ini menjadikan masalah seksualiti dianggap sekadar isu sampingan.  Kenyataan ini membawa kepada hakik

Healing Crisis

Adakah kita sekarang ini perlukan "supplement" dan kenapa dengan pengambilan "supplement" terdapat "healing crisis" berlaku?

Radikal Bebas

Image
Radikal bebas dan antioksidan adalah istilah yang sering kali kita dengar, tapi banyak orang yang mungkin tidak mengetahui apa sebenarnya radikal bebas. Sebenarnya radikal bebas atau sering disebut oksidan merupakan molekul-molekul yang sangat reaktif di dalam tubuh dan pada hakikatnya dapat merosakkan bio molekul penting di dalam sel-sel, termasuk DNA. Hal ini merupakan penyebab utama penyakit serius seperti serangan jantung, kanser dan penuaan awal. Berdasarkan penelitian saintis Moses Gomberg dan saintis lainnya, istilah radikal bebas dimaksudkan sebagai molekul yang relatif tidak stabil di dalam sel, mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan di orbit luarnya. Molekul tersebut bersifat reaktif dalam mencari pasangan elektronnya, yang biasanya “dicuri” dari sel tubuh lain. Hal inilah yang merosakkan sel-sel tubuh, sehingga terjadi penuaan awal. Radikal bebas yang bersifat reaktif tersebut juga dapat menimbulkan perubahan kimia dan merosakkan p

Tujuh Fakta Yang Berkaitan Dengan Perubatan Moden

Image

Cara Mengawal Gula Dalam Darah

Image
Bagi pesakit diabetes, pengambilan makanan faktor penting bagi mengawal tahap gula dalam darah. Ini kerana pesakit kencing manis mengalami masalah dalam proses metabolisme, yang sepatutnya karbohidrat diproses dapat dijadi gula (glukos) dan ditukarkan kepada tenaga. Bagi pesakit kencing manis, metabolisme ini tidak berlaku. Gula yang dihasilkan tidak dapat digunakan menjadi tenaga kerana penghasilan insulin yang tidak mencukupi atau masalah insulin yang ada tidak dapat digunakan akibat kerintangan insulin (insulin resistance). Maka berlakunya pengumpulan gula sehingga terlalu tinggi (hyperglycaemia) dan akhirnya mendatangkan komplikasi seperti kegagalan ginjal, kebutaan dan sakit jantung. Oleh sebab itu, pesakit kencing manis harus mengurangkan pengambilan karbohidrat yang berproses kerana ia menghasilkan gula dengan segera. Ia dapat dikenalpasti kerana bacaan Glycemic Indexnya yang tinggi. Ramai di kalangan pesakit kencing manis yang keliru dengan pemakanan (diet)

Gout

Image
Pengenalan Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Tanda Gout · Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. · Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. · Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. · Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran

Berhati-hati Menggunakan Ponstan

Image
Ponstan adalah ubat penahan sakit yang agak terkenal di kalangan pesakit-pesakit yang sering mengalami sakit kepala. Malah ada yang menggunakan ubat ini secara berpanjangan sehinggakan ubat ini tidak lagi membantu mengurangkan kesakitan yang mereka alami. Malah Ponstan ini boleh dibeli secara mudah, tanpa preskripsi, di farmasi dan kedai-kedai ubat. Ia dikenali dengan pelbagai nama, seperti Holostan, ata lebih mudah disebat ‘ubat kuning lonjong’. Ponstan sebenarnya adalah ubat yang terkawal, yang seharusnya diambil dengan nasihat doctor atau ahli farmasi. Ini kerana setiap ubat mempunyai risiko dan manfaat. Doktor hanya akan memberikan ubat ini jika mendapati Ponstan memberikan manfaat kepada pesakitnya. Ponstan mempunyai bahan aktif yang bernama ‘mefenamic acid’. Ia yang berada dalam kumpulan Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs). Ponstan dipasarkan dengan dua jenis: Ponstan 250mg yang biasanya dalam bentuk kapsul berwarna biru kehijauan muda dan kuning kep

Pedih Perut

Image
Rasa sakit ulu hati, loya mungkin petanda penyakit bahaya PERNAHKAH anda berasa tidak selesa selepas makan hidangan yang berat, loya serta sering pedih ulu hati pada waktu malam? Andai itulah masalah yang sering dialami, anda berkemungkinan mengalami gejala penyakit gastroesophaegal reflux atau GERD.  Dianggarkan, 50 peratus jumlah penduduk dewasa menghidap sekurang-kurangnya satu masalah usus di Malaysia. Kesilapan atau kegagalan mengenal pasti GERD ini boleh menyebabkan rawatan salah dan tidak berkesan.

Obesiti

Image
Berat badan berlebihan atau obesiti didefinisikan sebagai pengumpulan lemak tidak normal atau berlebihan lalu membawa risiko kesihatan. Ia faktor risiko utama bagi beberapa penyakit kronik, termasuk diabetes dan penyakit kardiovaskular. Kira-kira 65 peratus populasi dunia tinggal di negara di mana berat badan berlebihan membunuh lebih ramai penduduk daripada mereka yang kekurangan berat badan. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011, 33.3 peratus populasi di seluruh negara mengalami praobes manakala 27.2 peratus pula adalah obesiti. Laporan antarabangsa Oxfam berjudul Good Enough To Eat Index yang dikeluarkan baru-baru ini mendedahkan, Malaysia disenaraikan sebagai negara paling ramai penduduk gemuk di Asia Tenggara dan di tempat keenam di rantau Asia Pasifik. Selain itu, Malaysia berada di tempat ke-44 di antara 125 negara dengan kadar kelaziman diabetes dan obesiti tinggi.  Obesiti disebabkan oleh ketidakseimbangan tenaga antara pengambilan dan

6.64 Juta Hidap Psoriasis, Ekzema

Image
Kulit manusia adalah organ terbesar berfungsi melindungi badan daripada sebarang kerosakan seperti kehilangan air dan menangkis kehadiran air dari luar seperti hujan. Walaupun hampir semua kulit manusia diliputi folikel rambut halus, ada sesetengah kawasan yang tidak kelihatan berbulu.  Di sebalik fungsinya yang melindungi tubuh badan manusia, ada beberapa masalah yang akan menyerang bahagian penting itu.  Penyakit kulit adalah suatu keadaan perubatan yang memberi kesan kepada kulit, rambut, kuku dan otot serta kelenjar yang ­bertindak sebagai penghalang untuk badan terhadap persekitaran luaran yang berkaitan. Disebabkan keba­nyakan masalah asas kulit tidak diketahui, ia dikategorikan berdasarkan tempoh, lokasi, gejala, sebab fizikal dan warna kulit. Bagaimanapun, diagnosis sering memerlukan ­teknik biopsi untuk me­ngambil sedikit tisu kulit yang boleh menentukan jenis pe­nyakit dialami.  Terdapat banyak jenis penyakit kulit termasuk jangkitan kulit dan k

Psoriasis

Image
Definasi Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku. Tanda-tanda Tahap serius berbeza bagi setiap individu. Tanda-tanda berlainan bagi setiap individu dan merangkumi : - Keguguran sisik pada kulit -Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan. - Gatal tetapi pada tahap yang minima Jenis-jenis psoriasis - Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok - Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis. - Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis - Psoriasis bahagian lampin - Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia bernanah dan menyebabkan kesakitan Komplikasi Psoriasis boleh menyebabkan a