Posts

Sayur, Buah Kurangkan Risiko Kanser

Image
Makanan penuh antioksidan seperti sayur dan buah-buahan amat penting dalam mengurangkan risiko kanser terutama bagi mereka yang terdedah kepada faktor penyebab kanser di persekitaran. Setiap orang disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum selain mengekalkan berat badan ideal. Malah, ada sesetengah makanan didapati mampu melindungi diri daripada kanser kerana mengandungi kandu­ngan antioksidan yang tinggi. Bawang putih Ini antara makanan terbaik untuk melindungi diri daripada kanser. Kajian mendapati mereka yang lebih banyak makan bawang putih kurang berisiko mendapat kanser berkaitan organ pencernaan seperti esofagus, perut dan kolon. Buah keluarga beri Buah daripada kumpulan beri bukan saja memiliki rasa yang sedap, malah jusnya mengandungi khasiat hebat yang mampu melawan kanser. Ia kaya dengan antioksidan yang menghentikan proses tubuh menghasil­kan radikal bebas yang boleh merosakkan sel ...

10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis

Image
- Paras gula darah tinggi Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal. - Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur. Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk me...

Memahami Barah Usus

Image
Barah atau kanser usus merupakan kanser kedua tertinggi di kalangan kaum lelaki di Malaysia. Kanser usus, jika dirawat pada peringkat awal, boleh meningkatkan kadar kemandirian hidup selama 5 tahun kepada 90% untuk tahap pertama.  Malahan kanser usus adalah kanser yang mempunyai peluang untuk pulih meskipun berada pada tahap ke empat dengan menjalani rawatan yang disarankan. Secara amnya, kanser usus adalah kanser yang menyerang usus besar (kolon, recktum dan anus). Apa itu usus besar? Usus besar bermula dari bahagian kanan dinamakan ‘caecum’ sehingga ke rektum. Fungsi usus besar adalah untuk menyerap air supaya najis yang terbentuk tidak berair . Oleh yang demikian, manusia boleh hidup sempurna tanpa mempunyai usus besar berbanding dengan usus kecil yang fungsinya adalah untuk menyerap air, vitamin dan zat-zat makanan.  Oleh yang demikian, manusia tidak boleh hidup tanpa kehadiran usus kecil. Malahan fungsi usus besar boleh diambil alih oleh usus kecil. Apakah gejala barah us...

Agama Buatku Sihat

Image
Dalam kehidupan, ramai yang sedar kesihatan sangat penting untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pelbagai usaha dilakukan agar tubuh badan sentiasa sihat sehinggakan berhabis wang ringgit pun manusia sanggup asalkan memiliki kesihatan yang baik. Namun itu hanyalah dari sudut fizikalnya sahaja, tetapi ramai yang tidak tahu sebenarnya agama banyak mempengaruhi seseorang itu agar menjadi lebih sihat. International Journal Psychiatry in Medicine melaporkan orang yang mengaku dirinya tidak berkeyakinan kepada agama atau tidak percaya Tuhan adalah lebih sering sakit dan mempunyai jangka hayat lebih pendek. Mereka yang tidak beragama berpeluang dua kali ganda lebih besar menderita penyakit usus dan berisiko kematian akibat penyakit pernafasan sebanyak 66 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang beragama. Chistopher Scheitle, penganalisis kesihatan barat yang menyebut: “Kesihatan yang buruk dapat memicu seseorang meninggalkan agama dan kehilangan kepercayaannya pada Tuhan”, Imam Ghazali pula...

Hidup Bersama Dialisis

Image
SETIAP tahun, lebih daripada 3,000 orang penduduk Malaysia disahkan menghidapi penyakit kegagalan buah pinggang kronik dan menerima rawatan dialisis. Buat masa ini, lebih 15,000 penduduk Malaysia sedang menerima rawatan dialisis. Pada tahun 2010 ianya dijangka meningkat kepada 20,000 orang. Mengikut jangkaan, pesakit yang menerima rawatan dialisis meningkat sebanyak tujuh peratus setiap tahun.  Hidup dengan menerima rawatan dialisis juga amat menyeksakan. Bila seseorang mendapat tahu mereka mengalami kegagalan buah pinggang, diri mereka pasti hampir putus harapan untuk hidup lagi. Pesakit juga selalu berfikir bahawa dirinya tidak dapat hidup lama kerana bergantung kepada mesin dialisis untuk hidup dan seolah-olah terasing dan tidak diperlukan lagi di sisi keluarga dan rakan. Ini menyebabkan pesakit mengalami kemurungan akibat tekanan yang dihadapi. Di samping tekanan emosi, pesakit juga terpaksa melalui perubahan dari segi fizikal. Ada beberapa aktiviti dan tanggungjawab yang tidak...

Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan

Image
Kemajuan dalam bidang perubatan sejak seabad yang lalu telah meningkatkan jangka hayat manusia sebanyak 50%. Pembangunan sistem pembetungan yang maju, air bersih, antibiotik, vaksin dan kebersihan diri telah berjaya menghapuskan kebanyakan penyakit berjangkit. Jangka hayat dapat dipanjangkan dan penyakit akut bukan lagi penyebab kematian utama. Namun terdapat banyak kematian yang disebabkan oleh penyakit kronik, seperti kanser , lemah jantung dan lain-lain penyakit yang berpunca dari kelemahan dan ketidakfungsian sistem imun.  Penyakit-penyakit yang membuat pengidapnya kurang berupaya dan perlu bergantung kepada orang lain. Ketidakupayaan meningkat dalam beberapa tahun terakhir kehidupan, begitu juga dengan penyakit, yang menjadikan kematian satu proses panjang yang mahal dan menyakitkan. Persoalannya: Apakah yang menyebabkan penuaan dan penambahan penyakit dan ketidakupayaan apabila usia semakin meningkat? Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori radika...

Kegagalan Buah Pinggang Dan Kesan Terhadap Sosial Pesakit

Image
Pengenalan End Stage Renal Failure (ESRF) merupakan kegagalan buah pinggang tahap akhir yang juga dikenali sebagai penyakit kerosakan buah pinggang yang kekal. Berhadapan dengan penyakit kronik bukanlah merupakan sesuatu yang mudah dan memerlukan proses transisi daripada proses diagnosa kepada proses rawatan dan seterusnya pengurusan diri. Ketidakupayaan, kebergantungan terhadap orang lain, dan stigma masyarakat, perubahan cara hidup, kos rawatan yang mana secara tidak langsung memberikan kesan kepada perjalanan rutin harian yang biasa dilakukan. Masalah ini akan memberikan kesan kepada aspek kerohanian, psikologikal, sosial dan keluarga dan seterusnya akan mempengaruhi fizikal, emosi dan pemikiran pesakit. Menurut Yayasan Buah Pinggang Amerika (2005) mendefinisikan keadaan buah pinggang yang kronik hanya berada pada tahap 10% kapasiti normal. Penyakit ini berlaku apabila buah pinggang tidak lagi berupaya menapis bahan buangan secara normal. Punca-Punca Penyakit Bua...

Mati Pucuk Mungkin Tanda Penyakit Kronik

Image
Lemah tenaga batin atau mati pucuk merujuk kepada ketidakupayaan lelaki untuk mengekalkan ketegangan yang mencukupi melakukan hubungan seks. Kebanyakan lelaki pernah melalui kesukaran untuk mendapatkan ereksi, namun tidak semestinya ia penyakit yang perlu dibimbangkan dan kadangkala ia hanya bersifat sementara. Jika ketidakupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan itu berterusan selama beberapa minggu atau bulan, segeralah dapatkan bantuan perubatan khusus dengan berjumpa doktor, bukannya mencuba pelbagai kaedah alternatif yang mungkin boleh memberi kesan lebih bahaya. Lemah tenaga batin boleh menyebabkan tekanan, kebimbangan dan masalah keyakinan diri yang secara tidak langsung memberi kesan negatif khususnya dalam hubungan suami isteri. Peranan wanita dalam membantu pasangannya menyelesaikan masalah ini amat diperlukan dan isteri antara individu yang perlu memainkan peranan penting meringankan ‘penderitaan’ suami. Sebilangan besar lelaki yang m...

Detoksifikasi Dan Kesannya

Image
Proses pembuangan toksin secara semulajadi dari dalam tubuh atau yang disebut dengan proses detoksifikasi adalah sebuah proses yang penting dilakukan. Proses detoksifikasi ini amat diperlukan untuk beberapa rawatan tubuh seperti mencegah penyakit, menguatkan daya tahan, membaiki fungsi organ dalam tubuh, memperlambat proses penuaan, merawat ketagihan, membersihkan wajah dari jerawat, meningkatkan kesuburan. Selain itu, setelah detoksifikasi, tubuh akan terasa lebih bersemangat, rileks dan terasa lebih sihat. Kebiasaannya setelah dilakukan detoksifikasi, tubuh akan mengalami tanda-tanda tertentu. Namun ada yang tidak merasa apa-apa kesan detoksifikasi ini kerana setiap orang memiliki kadar metabolisme yang berbeza. Selain itu ia bergantung pada jumlah toksin yang berada dalam tubuh serta kepekaan tubuh terhadap perubahan. Tanda-tanda yang muncul dari proses detoksifikasi diantaranya dapat berupa rasa pening, selsema, cirit-birit, gatal-gatal, panas badan, pe...

Peranan Toksin dalam Tubuh

Image
Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan. Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran, antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, dan bahan tambahan yg berbahaya. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan asthma, selain dari faktor keturunan atau genetik. Di dalam sistem fisiologi tubuh, toksin yang berada di dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya. Pengambilan makanan terlalu berasid seperti makanan yang diproses seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak akan menyumbang kepada masalah kesihatan....

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

Image
RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma. Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala. Namun, itulah sifat penyakit kronik . Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius. Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada ...

Cukup Oksigen Elak Penyakit

Image
PENCEMARAN udara di sekeliling menyebabkan manusia kekurangan oksigen di dalam badan. Kebanyakan penyakit pada era moden berpunca daripada kekurangan oksigen di dalam darah, otak dan organ lain. Keadaan ini berlaku hampir di seluruh dunia. Oksigen membantu tubuh untuk meregenerasi sel, membantu membesarkan daya penyerapan nutrisi, meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan meneutralkan zat-zat beracun di dalam darah. Authur C. Guyton, M.D. dalam bukunya The Textbook on Medical Physiology mengatakan bahawa semua penyakit kronik berpunca daripada kekurangan oksigen yang berlaku di peringkat sel. Oleh itu, oksigen merupakan kunci kepada kehidupan. Kita boleh hidup beberapa hari tanpa makanan dan air tetapi kita tidak dapat hidup secara purata selama empat minit sahaja tanpa oksigen. Bahkan, sel-sel otak kita akan mati dalam waktu 15 hingga 20 saat sahaja tanpa adanya oksigen. Hal ini kerana setiap sel dalam tubuh manusia amat memerlukan oksigen untuk pertumbuhan d...

Bahana Pendam

Image
BUKAN resam orang kita untuk bercakap soal seksual. Ini kerana pada dasarnya, budaya masih menganggap seks sebagai perkara terlarang untuk dibicarakan secara terbuka - tidak kira bagi lelaki atau wanita.  Sebenarnya, seks adalah suatu perkara serius dan bagi kebanyakan pasangan, isu ketegangan ereksi bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak.  Mengikut laporan kajian terhadap 300,000 lelaki di rantau Asia, apa yang berlaku ialah apabila individu mengalami masalah seksual, tidak mungkin pesakit akan terus berjumpa doktor dan menceritakan masalah yang dihadapinya itu.  Melalui kajian terhadap kesihatan lelaki yang dikendalikan di Malaysia termasuk di peringkat antarabangsa, jumlah lelaki yang mengalami penyakit kronik adalah lebih tinggi berbanding wanita.  Biasanya kaum lelaki berjumpa doktor untuk masalah tekanan darah tinggi, diabetes atau jantung. Ini menjadikan masalah seksualiti dianggap sekadar isu sampingan.  Kenyataan ...

Healing Crisis

Adakah kita sekarang ini perlukan "supplement" dan kenapa dengan pengambilan "supplement" terdapat "healing crisis" berlaku?

Radikal Bebas

Image
Radikal bebas dan antioksidan adalah istilah yang sering kali kita dengar, tapi banyak orang yang mungkin tidak mengetahui apa sebenarnya radikal bebas. Sebenarnya radikal bebas atau sering disebut oksidan merupakan molekul-molekul yang sangat reaktif di dalam tubuh dan pada hakikatnya dapat merosakkan bio molekul penting di dalam sel-sel, termasuk DNA. Hal ini merupakan penyebab utama penyakit serius seperti serangan jantung, kanser dan penuaan awal. Berdasarkan penelitian saintis Moses Gomberg dan saintis lainnya, istilah radikal bebas dimaksudkan sebagai molekul yang relatif tidak stabil di dalam sel, mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan di orbit luarnya. Molekul tersebut bersifat reaktif dalam mencari pasangan elektronnya, yang biasanya “dicuri” dari sel tubuh lain. Hal inilah yang merosakkan sel-sel tubuh, sehingga terjadi penuaan awal. Radikal bebas yang bersifat reaktif tersebut juga dapat menimbulkan perubahan kimia dan merosakkan p...

Tujuh Fakta Yang Berkaitan Dengan Perubatan Moden

Image

Cara Mengawal Gula Dalam Darah

Image
Bagi pesakit diabetes, pengambilan makanan faktor penting bagi mengawal tahap gula dalam darah. Ini kerana pesakit kencing manis mengalami masalah dalam proses metabolisme, yang sepatutnya karbohidrat diproses dapat dijadi gula (glukos) dan ditukarkan kepada tenaga. Bagi pesakit kencing manis, metabolisme ini tidak berlaku. Gula yang dihasilkan tidak dapat digunakan menjadi tenaga kerana penghasilan insulin yang tidak mencukupi atau masalah insulin yang ada tidak dapat digunakan akibat kerintangan insulin (insulin resistance). Maka berlakunya pengumpulan gula sehingga terlalu tinggi (hyperglycaemia) dan akhirnya mendatangkan komplikasi seperti kegagalan ginjal, kebutaan dan sakit jantung. Oleh sebab itu, pesakit kencing manis harus mengurangkan pengambilan karbohidrat yang berproses kerana ia menghasilkan gula dengan segera. Ia dapat dikenalpasti kerana bacaan Glycemic Indexnya yang tinggi. Ramai di kalangan pesakit kencing manis yang keliru dengan pemakanan (diet)...